Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Kota Lukut

Kota Lukut
Kota dan Muzium Lukut
Kota dan Muzium Lukut
KerajaanPembesar Tempatan
Pembesar 
• 1815 - 1834
Raja Busu
• 1835 - 1846
Raja Jaafar
• 1846 - 1864
Raja Jumaat
• 1864 - 1880
Raja Bot
Sejarah 
• Pembukaan Lombong Tin oleh Raja Busu
1815
• Diserahkan menjadi sebahagian kawasan Sungai Ujong
1878
Diganti oleh
Sungai Ujong
Sekarang sebahagian dariNegeri Sembilan

Kota Lukut ialah sebuah kota yang kini berada di Lukut, Negeri Sembilan. Penempatan ini ditubuhkan oleh Raja Busu, anak buah Sultan Ibrahim Shah iaitu Sultan Selangor.[1] Pada ketika itu, Lukut merupakan kawasan di bawah Kerajaan Selangor. Aktiviti perlombongan telah menyebabkan kemasukan buruh Cina secara mendadak dan perkembangan ekonomi Lukut. Namun, Raja Busu dibunuh kerana telah mengenakan cukai tinggi terhadap pengeluaran bijih timah.[2] Raja Jaafar, seorang putera Riau telah datang bersama anak-anaknya Raja Jumaat dan Raja Abdullah untuk membuka lombong dan diberikan Lukut oleh Sultan Muhammad Shah, Sultan Selangor yang baharu. Lukut mencapai zaman kegemilangannya di bawah seliaan Raja Jumaat dari 1846 sehingga 1864. Setelah kematian beliau, Lukut mengalami kemerosotan di bawah seliaan anaknya Raja Bot atas pelbagai faktor seperti perang di kawasan persekitarannya serta persaingan dalam pengeluaran bijih timah oleh lombong-lombong berdekatan. Akhirnya, Kota Lukut diserahkan kepada Sungai Ujong oleh Sultan Abdul Samad, Sultan Selangor baharu pada tahun 1878 dengan Raja Bot meninggalkan jawatannya pada 1880.

  1. ^ Ahmad Kamal Ariffin, Mohd Rus; Noor Ain, Mat Noor; Mohamad Khairul Anuar, Mohd Rosli (August 2020). "Lukut, 1846-1864: Bandar Terawal Di Selangor". Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategy. 47 (2): 175–198 – melalui JEBAT.
  2. ^ Gammans, L.D (December 1924). "The State of Lukut". Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society. 2 (3): 291–295.

Previous Page Next Page






Kota Lukut English

Responsive image

Responsive image