Kota Ngah Ibrahim ialah satu bangunan bersejarah yang dibina oleh Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Ngah Ibrahim bin Jaafar, seorang pembesar Perak yang masyhur kerana menjadi salah seorang penentang campur tangan British dalam Hal Ehwal Pentadbiran negeri Perak selepas Perjanjian Pangkor tahun 1874.