Laksatif, pencahar, pelawas ataupun julap adalah sejenis makanan, komponen atau dadah yang diambil dengan tujuan untuk menggalakkan dan melancarkan (yakni "melawas"[1]:II) penggerakan najis dalam usus badan. Selalunya laksatif diambil untuk melegakan masalah sembelit. Sebahagian bahan perangsang, pelincir dan larutan saline laksatif digunakan bagi memudahkan kerja-kerja pemindahan kolon untuk rektal dan pemeriksaan usus. Dan mungkin juga ditambah oleh enema dalam sesetengah keadaan. Biasanya kandungan laksatif yang tinggi juga dapat menyebabkan cirit-birit. Laksatif bertindak bagi mempercepatkan penyingkiran makanan tidak dihadam dengan sempurna dalam usus besar dan kolon.
Ada di antara laksatif bergabung lebih dari satu bahan aktif untuk menghasilkan kesan tergabung. Laksatif boleh diambil melalui oral atau dalam bentuk lain yang ditentukan oleh pakar.
Sembelit tanpa disebabkan oleh bahan organik tidak dapat ditafsirkan secara perubatan, jurang jantina atau disebabkan oleh pewarisan: kaum perempuan lebih kerap mendapat sembelit berbanding kaum lelaki.[2]