Laluan Central | |
---|---|
Umum | |
Jenis | Alihan cepat |
Sistem | London Underground |
Stesen | 49 |
Penumpang | 260.916 juta (2011/12)[1] penumpang |
Warna pada peta | Merah |
Laman sesawang | tfl.gov.uk |
Operasi | |
Dibuka | 30 Jun 1900 |
Ciri | Tiub bawah tanah |
Depot | West Ruislip Hainault White City[2] |
Stok kereta api | Gerabak 1992 |
Teknikal | |
Panjang aliran | 74 km (46 bt) |
Tolok landasan | 4 kaki 8 1⁄2 in (1,435 mm) |
Laluan Central merupakan salah satu daripada perkhidmatan London Underground. Merupakan perkhidmatan bawah tanah dalam, dan landasan yang sepanjang 76 km (47 bt), laluan Central merupakan laluan yang terpanjang dalam London Underground.[2] Daripada jumlah 49 buah stesen, sebanyak 20 buah stesen perkhidmatan laluan ini terletak di permukaan tanah. Kelajuan kereta api dalam perkhidmatan laluan ini mampu mencapai 100 km/j dengan bermulanya penggunaan gerabak kereta api 1992 Stock. Laluan ini juga merupakan laluan yang paling sibuk dalam London Underground selepas laluan Northern.