Laluan District | |
---|---|
Umum | |
Jenis | Alihan cepat |
Sistem | London Underground |
Stesen | 60 |
Penumpang | 208 juta (2011/12)[1][2] penumpang |
Warna pada peta | Green |
Laman sesawang | tfl.gov.uk |
Operasi | |
Dibuka | 24 Disember 1868 |
Ciri | Sub-permukaan |
Depot | Upminster, Ealing Common, Hammersmith |
Stok kereta api | Gerabak S7 |
Teknikal | |
Panjang aliran | 64 km (40 bt) |
Tolok landasan | 4 kaki 8 1⁄2 in (1,435 mm) |
Laluan District merupakan salah satu daripada perkhidmatan London Underground. Dalam peta London Underground laluan ini diberi warna hijau. Laluan ini merupakan suatu laluan "subpermukaan" (berada di bawah permukaan tanah) yang beroperasi di kawssan tengah terowong gali dan timbus. Antara semua laluan subpermukaan, laluan District merupakan laluan yang paling sibuk. 25 buah stesen daripada jumlah keseluruhan sebanyak 60 buah merupakan stesen yang dibina di bawah tanah. Dua cabang iaitu cabang ke Richmond dan ke Wimbledon juga merupakan hanya laluan yang merentasi Sungai Thames dengan jambatan dan bukannya terowong. Laluan ini merupakan laluan keempat yang terpanjang dalam sistem London Underground tetapi mempunyai jumlah stesen yang terbanyak.