Laman kontena (bahasa Inggeris: container yard ) ialah tempat penyimpanan kontena yang terletak di terminal kontena. Ia terdapat di kedua-dua terminal kontena maritim dan terminal kontena darat (depoh). Ia menjadi tempat simpanan kontena dan perantara penting antara kapal kontena dengan trak dan keretapi dalam pengangkutan antara mod.
Sebuah laman kontena biasanya dibahagikan kepada beberapa bahagian khusus untuk pelbagai jenis kargo dan kontena.
Antara peralatan yang terdapat dalam sesebuah laman kontena: