Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai | |||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Chennai International Airport சென்னை சர்வதேச விமான நிலையம் | |||||||||||||||
Maklumat umum | |||||||||||||||
Jenis | Awam | ||||||||||||||
Pemilik | Kementerian Penerbangan Awam | ||||||||||||||
Pengendali | Airports Authority of India | ||||||||||||||
Berkhidmat | Kawasan Metropolitan Chennai | ||||||||||||||
Lokasi | Tirusulam, Chennai, Tamil Nadu, India | ||||||||||||||
Koordinat | 12°58′56″N 80°9′49″E / 12.98222°N 80.16361°EKoordinat: 12°58′56″N 80°9′49″E / 12.98222°N 80.16361°E | ||||||||||||||
Hab untuk | |||||||||||||||
Bandar tumpuan untuk | |||||||||||||||
Capaian transit awam | Stesen Metro Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai | ||||||||||||||
Tapak sesawang | Chennai International Airport | ||||||||||||||
Sejarah | |||||||||||||||
Dibuka | 1930 | ||||||||||||||
Ciri-ciri | |||||||||||||||
Status penggunaan | Beroperasi | ||||||||||||||
Ketinggian AMSL | 16 m / 52 ft | ||||||||||||||
Landasan terbang | |||||||||||||||
| |||||||||||||||
Perangkaan (April 2023 - March 2024) | |||||||||||||||
| |||||||||||||||
Peta | |||||||||||||||
Catatan kaki | |||||||||||||||
sunting · sunting di Wikidata |
Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai (IATA: MAA, ICAO: VOMM) merupakan lapangan terbang antarabangsa yang melayani bandar Chennai, ibu negeri Tamil Nadu, India. Ia terletak di Tirusulam, kira-kira 20 km (12 batu) barat daya dari pusat bandar. Perkhidmatan udara pertama kali dijalankan pada tahun 1915 dan lapangan terbang ini dibangunkan pada tahun 1930. Lapangan terbang ini berfungsi sebagai ibu pejabat serantau selatan bagi Pihak Berkuasa Lapangan Terbang India (AAI) untuk India Selatan yang merangkumi negeri-negeri Andhra Pradesh, Karnataka, Kerala, Tamil Nadu, Telangana, serta wilayah kesatuan Lakshadweep dan Puducherry.
Lapangan terbang ini merupakan lapangan terbang yang kelima tersibuk dari segi trafik penumpang dan pergerakan pesawat, dan lapangan terbang keempat tersibuk dari segi muatan kargo yang ditangani di India. Ia juga merupakan lapangan terbang ketiga tersibuk di India dari segi trafik antarabangsa. Pada tahun kewangan 2023-24, lapangan terbang ini mengendalikan lebih daripada 21 juta penumpang dan 0.34 juta tan kargo. Lapangan terbang ini menawarkan penerbangan penumpang menyambung ke semua enam benua , dan penerbangan langsung ke tiga daripadanya.Pada tahun 2024, lapangan terbang ini mempunyai tiga terminal penumpang yang beroperasi. Terminal 1 dan Terminal 4 mengendalikan trafik domestik, manakala Terminal 2 mengendalikan operasi antarabangsa.
Lapangan terbang ini diubungi oleh Stesen metro Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai (Metro Chennai) dan Stesen keretapi Tirusulam (Keretapi Pinggiran Chennai)
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama BD