Larinks (dari bahasa Yunani: λάρυγξ lárynx), biasa dipanggil peti suara, ialah organ yang terletak dalam leher dari haiwan tetrapod (berkaki empat) yang terlibat dalam pernafasan, penghasilan bunyi, dan melindungi trakea daripada dimasuki makanan. Larinks menjadi tempat perrumah pita suara yang berfungsi megubah-ubah pic dan kelantangan suara yang merupakan perkara penting dalam proses pembunyian. Bahagian-bahagian ini terletak hanya di bawah berpecahnya saluran tekak kepada trakea dan esofagus.