Layang-layang (Jawi: لايڠ٢ ) atau wau (Jawi: واو) merupakan satu alatan dibina dari lembaran bahan tipis seperti kertas berkerangka yang diterbangkan (atau "dilayangkan") ke udara ditambat dengan tali atau benang yang dipegang di darat. Layang-layang memanfaatkan kekuatan hembusan angin yang bergeser mengelilingi badan layang-layang mewujudkan tekanan rendah di atas badan dan tekanan tinggi di bawah badan; perbezaan tekanan ini memberikan daya angkat kepada layang-layang tersebut.[1] Bentuk layang-layang ini adakala ditambahkan hujung ber"ekor" agar senang mengemudikan layang-layang sambil ia dibawa tiupan angin.[2]
Alat wau atau layang-layang ini sering dimainkan untuk tujuan hiburan pelbagai peringkat umur. Permainan wau juga diadakan untuk pertandingan. Pertandingan yang melihat bentuk kecantikannya diukur dari segi keindahannya kepada bentuk, corak ciptaan, warna, keaslian ciptaan dan ukurannya.)