Rencana ini mempunyai beberapa isu. Sila bantu memperbaikinya atau bincangkan isu-isu tersebut di dalam laman perbincangan rencana ini.
|
Maharaja Leopold II (Peter Leopold Josef Anton Joachim Pius Gotthard; 5 Mei 1747 – 1 Mac 1792) ialah Maharaja Suci Rom dan Raja Hungary dan Bohemia dari tahun 1790 hingga tahun 1792, Archduke Austria dan Grand Duke Tuscany dari tahun 1765 hingga 1790. Baginda merupakan putera kepada Maharaja Francis I dan raja permaisuri baginda, Maharani Maria Theresa, oleh itu kakanda kepada Marie Antoinette. Maharaja Leopold ialah penyokong sederhana faham mutlak berihsan.[1]