Linggi | |||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara | Malaysia | ||||||||||||||||||||
Negeri | Negeri Sembilan | ||||||||||||||||||||
Daerah | Port Dickson | ||||||||||||||||||||
Pentadbiran | |||||||||||||||||||||
• Jenis | Tempatan | ||||||||||||||||||||
• Badan | Majlis Perbandaran Port Dickson | ||||||||||||||||||||
• Yang Dipertua |
| ||||||||||||||||||||
• Pegawai Daerah | Khairy Maamor |
Linggi | |
---|---|
Negara | Malaysia |
Negeri | Negeri Sembilan |
Institusi adat | Undang Luak Sungai Ujong |
Pentadbiran | |
• Dato' Muda Linggi | YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi |
Linggi ialah sebuah mukim di daerah Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia.[1]Dari segi pentadbiran adat, Linggi merupakan sebuah luak di bawah naungan Luak Sungai Ujong. Tempat yang berhampiran termasuklah Pasir Panjang, Pengkalan Kempas, Tanjung Agas dan Teluk Kemang.
Tempat ini mendapat namanya daripada sebatang sungai yang menjadi sempadan Negeri Sembilan dan Melaka. Sungai Linggi ini menjadi laluan masuk kapal-kapal dagang pada zaman silam. Raja Melewar yang datang dari Pagar Ruyung untuk dirajakan di Negeri Sembilan juga mudik ke hulu melalui Sungai Linggi. Sungai Linggi bercabang dua; satu cabang mengalir dalam daerah Rembau manakala satu lagi cabang berhulu di daerah Seremban. Hulu cabang inilah yang dinamakan Sungai Ujung iaitu nama lama bagi Seremban.