Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Linguistik sejarawi

Linguistik sejarawi, juga dikenali sebagai linguistik diakronik, ialah pengkajian tentang bagaimana bahasa berubah dari semasa ke semasa.[1] Ia bertujuan untuk memahami sifat dan punca bahasa berubah dan untuk menjejak balik evolusi bahasa. Linguistik sejarawi melibatkan beberapa bidang kajian utama, antaranya rekonstruksi bahasa-bahasa moyang, pengelasan bahasa mengikut keluarga (linguistik perbandingan), dan analisis pengaruh budaya dan sosial terhadap perkembangan bahasa.[2][3]

Bidang ini berlandaskan Prinsip Uniformitarianisme, yang menyatakan bahawa cara bahasa berubah dari semasa ke semasa hari ini adalah serupa dengan cara ia berubah pada masa lalu, melainkan terdapat bukti kukuh untuk menunjukkan sebaliknya.[4] Ahli bahasa sejarawi bermatlamat untuk memerikan dan menerangkan perubahan dalam satu-satu bahasa, meneroka sejarah komuniti pertuturan dan mengkaji asal usul dan makna perkataan (etimologi).[5]

  1. ^ Bynon (1977).
  2. ^ Radford 1999
  3. ^ Busser, Rik De (2015). "The influence of social, cultural, and natural factors on language structure: An overview". Academia.edu. Dicapai pada September 6, 2023.
  4. ^ Ringe, Donald (2009). "The Linguistic Diversity of Aboriginal Europe". Language Log. Dicapai pada 2020-03-22.
  5. ^ Ringe, Donald (2009). "The Linguistic Diversity of Aboriginal Europe". Language Log. Dicapai pada 2020-03-22.

Previous Page Next Page