Liverpool | |
---|---|
Negara Berdaulat | United Kingdom (British) |
Negara Bahagian | England |
Wilayah | North West England |
Kaunti Istiadat | Merseyside |
Pusat Pentadbiran | Liverpool City Centre |
Ditubuhkan | 1207 |
Status Bandar | 1880 |
Pentadbiran | |
• Jenis | Metropolitan Borough, City |
• Badan Pimpinan | Liverpool City Council |
Keluasan | |
• Metropolitan Borough & City | 111.84 km2 (43.18 batu persegi) |
Aras | 70 m (230 ft) |
Penduduk (2007 est / Urban=2006) | |
• Metropolitan Borough & City | 434,900 (Ranked ke−9) |
• Kepadatan | 5,001/km2 (12,950/batu persegi) |
• Bandar | 816,900 |
• Metro | 1,103,089 |
• Etnik (2005 Estimate)[1] | 91.9% White 2.2% Chinese dan sepertinya 2.1% Asian atau Asian British 1.9% Mixed Race 1.9% Black atau Black British |
Zon waktu | UTC+0 (Greenwich Mean Time) |
• Musim panas (DST) | UTC+1 (British Summer Time) |
Poskod | |
Kod kawasan | 0151 |
ISO 3166-2 | GB-LIV |
ONS code | 00BY |
OS grid reference | SJ437905 |
NUTS 3 | UKD52 |
Demonym | Scouser/Liverpudlian |
Laman sesawang | www.liverpool.gov.uk |
Liverpool (disebut /ˈlɪvəpuːl/) adalah sebuah bandar raya di bahagian Barat Laut England, dibangunkan di sebelah tebing Timur Muara Sungai Mersey. Liverpool adalah sebahagian daripada kawasan yang dipanggil Merseyside.
Liverpool dibangunkan di kawasan berbukit rendah, dengan kawasan Bukit Everton setinggi 70 meter sebagai kawasn palingtinggi. Pembangunan Liverpool berterusan sehingga Bootle and Crosby dalam daerah Sefton di sebelah utara, dan sehingga kawasan Huyton dan prescot dalam daerah Knowsley di sebelah Timur. Liverpool bertentang Wallasey dan Birkenhead di seberang Sungai Mersey di sebelah Barat. Pusat bandar Liverpool adalah kiria-kira 8 kilometer daripada Teluk Liverpool dan Laut Ireland.
Liverpool ditadbir oleh Majlis Bandaraya Liverpool, satu dari 5 buah Majlis Berkuasa Tempatan dalam Wilayah Metropolitan Merseyside. Liverpool adalah antara bandar utama di England dan mempunyai bilangan penduduk kelima paling ramai. Bilangan penduduk di Liverpool adalah 441,477 dalam tahun 2002, dan untuk kornubasi Merseyside, bilangan penduduk adalah 1,362,026
Penduduk Liverpool dipanggil Liverpudlians dan diberikan gelaran "Scousers", jolokan kepada 'scouse', makanan jenis stew. Scouse kini lebih dikaitkan dengan aksen ataupun pelat percakapan orang-orang Liverpool. Anda perlu hanya dengan Jamie Carragher bercakap untuk mengenal aksen "Scouse". Orang Liverpool juga terkenal kerana suka berjenaka (Scouse humour).
Pada akhir kurun ke-19, Liverpool megah dengan gelaran "Pelabuhan Kedua Empayar British" (Second Port of the Empire) kerana mengendalikan jumlah kargo paling banyak; hanya pelabuhan London sahaja yang mengendalikan lebih banyak. Liverpool juga menjadi pusat perindutrian, tetapi dalam kurun ke-20, Liverpool kehilangan asas perindustriannya dan kuasa ekonominya merosot. Kini Liverpool antara kawasan pasling daif di Britain.
Liverpool terkenal sebagai pusat budaya, khususnya kaitannya dengan muzik pop; Liverpool adalah tempat di mana lahirnya The Beatles, Cilla Black dan Gerry and The Pacemakers. Dalam tahun 2008, Liverpool telah ditabalkan menjadi Ibu Negeri (Bandaraya) Budaya Eropah (European Capital of Culture).
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama ethnicity