Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Liyana Jasmay

Liyana Jasmay
Kelahiran
Liyana binti Jasmay

(1988-03-28) 28 Mac 1988 (umur 36)
Nama lainLJ, Nana
PendidikanDiploma Seni Persembahan
Pusat pendidikanUniversiti Sunway
PekerjaanPelakon, penyanyi, penerbit, pengarah, usahawan, pengacara, penulis
Tahun aktif1997–kini
PasanganFathuddin Mazlan (k. 2013)
Anak-anak2
IbuHabsah Simpon
BapaJasmay Md Shah
SaudaraAdriana Jasmay (kakak)

Liyana binti Jasmay (lahir 28 Mac 1988)[a] ialah seorang pelakon, penyanyi, penerbit, pengarah dan usahawan wanita Malaysia.[1][2][3] Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak 1997 dengan membuat kemunculan sulungnya dengan membawakan peranan kecil menerusi drama Si Lembik arahan Aznil Nawawi sebelum melangkah ke peranan utama menrerusi drama termasuk KAMI The Series (2007), Puaka Niyang Rapik (2008-2009), Zati dan Si Mawas (2009) dan Ponti Anak Remaja (2010). Beliau membuat kemunculan sulungnya di layar lebar menerusi filem Castello (2006). Liyana telah berlakon dalam beberapa filem pecah panggung termasuk KAMI The Movie (2008), Maut (2009), Papadom (2009), Pisau Cukur (2009), Niyang Rapik (2010), Khurafat: Perjanjian Syaitan (2011), Senjakala (2011), Isyarat Cinta (2015) dan Bella & Jamie (2019). Liyana melancarkan kerjaya muziknya pada 2009 menerusi single sulung "Aku Tak Percaya Cinta" dan seterusnya melancarkan album EP pertama, LJ (2010) yang merupakan singkatan bagi namanya diterbitkan oleh Alibi Music.[4]

Liyana telah meraih pelbagai anugerah dan pencalonan dalam bahagian televisyen dan filem termasuk Festival Filem Malaysia, Anugerah Skrin, Anugerah Shout!, dua pencalonan Anugerah Bintang Popular Berita Harian bagi Pelakon Filem Wanita Popular dan lain-lain. Selain itu, beliau turut mengembangkan lagi profilnya sebagai selebriti dengan menjadi penerbit televisyen dengan menubuhkan syarikatnya, Mermaid Studios yang mengkhususkan kepada penerbitan rancangan televisyen dan sebagai usahawanita dengan menubuhkan Mermaid Luxe dan Mermaid Store pada 2015.


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan

  1. ^ "Sambung pengajian di luar negara". Harnas. 7 Februari 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-22. Dicapai pada 21 Mac 2017.
  2. ^ Aqmar Mustaza (19 April 2016). "Liyana Jasmay mahu jadi artis versatil". Sinar Harian. Dicapai pada 21 Mac 2017.
  3. ^ Norhayati Nordin (19 April 2016). "Liyana bergaya bak perawan". Harian Metro. Dicapai pada 22 Mac 2017.
  4. ^ Ulasan video klip Aku Tak Percaya Cinta oleh Liyana Jasmay Sensasi Selebriti. Diperoleh pada 28 Oktober 2010.

Previous Page Next Page






ليانا چاسماى ARZ Liyana Jasmay English Liyana Jasmay Spanish Liyana Jasmay ID Liyana Jasmay IG

Responsive image

Responsive image