Templat:Other uses2 Templat:Infobox England region London Raya (bahasa Inggeris: Greater London ) merupakan sebuah bahagian pentadbiran peringkat tertinggi di England yang meliputi London.[1] Ia diwujudkan pada tahun 1965 dan merangkumi Bandaraya London serta 32 daerah perbandaran di London.[1] Kawasan ini meliputi kawasan seluas 1,572 km2 (607 bt2)[2] dan jumlah penduduknya pada tahun 2009 dianggarkan seramai 7,753,600 orang.[3] Istilah Greater London sudah digunakan sebelum tahun 1965 untuk memaksudkan kawasan yang tidak tentu takrifnya, iaitu lebih besar daripada Wilayah London dan selalunya serupa dengan Daerah Polis Metropolitan.[4]
Selain fungsi-fungsi pentadbiran dan statistiknya, London Raya (tidak termasuk Bandaraya London) merupakan salah satu daripada of the 48 wilayah istiadat England, dan berada di bawah naungan Keleftenanan London Raya.