Louis VIII Si Singa | |
---|---|
Raja Perancis (more…) | |
Pemerintahan | 14 Julai 1223 – 8 November 1226 |
Kemahkotaan | 6 Ogos 1223 di Katedral Rheims |
Didahului oleh | Philip II |
Diikuti oleh | Louis IX |
Keputeraan | Paris, Perancis | 5 September 1187
Kemangkatan | 8 November 1226 Château Montpensier, Perancis | (umur 39)
Pemakaman | Saint Denis Basilica |
Pasangan | Blanche dari Castile |
Anakanda | Louis IX dari Perancis Robert I, Count of Artois Alphonse, Count of Toulouse and Poitiers Saint Isabelle of France Charles I of Sicily |
Kerabat | Kerabat Capet |
Ayahanda | Philip II dari Perancis |
Bonda | Isabelle dari Hainaut |
Louis VIII Si Singa (5 September 1187 – 8 November 1226) memerintah sebagai Raja Perancis bermula pada tahun 1223 sehingga 1226. Beliau merupakan anggota Kerabat Capet. Louis VIII telah dilahirkan di Paris, Pernacis. Beliau adalah anak lelaki kepada Philip II dan Isabelle dari Hainaut. Beliau juga adalah Count Artois, mewarisi kaunti ini dari ibu beliau, bermula pada tahun 1190 sehingga 1226. Ia kekal di bawah pemrintahan raja sehingga tahun 1237, apabila anak lelaki beliau Louis IX menyerahkan gelaran ini berdasarkan wasiat bapa beliau kepada adik lelaki Louis IX, Robert.