Lukut | |
---|---|
Subbandar | |
Koordinat: 2°34′N 101°50′E / 2.567°N 101.833°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Negeri Sembilan |
Daerah | Daerah Port Dickson |
Luak | Sungai Ujong |
Ditubuhkan | 1800 an (Di bawah naungan Selangor) |
Diserahkan | 1880 (Diserap menjadi sebahagian daripada Sungai Ujong) |
Pentadbiran | |
• Pentadbiran Tempatan | Majlis Perbandaran Port Dickson |
• Kawasan Persekutuan | Port Dickson |
• MP | Aminuddin Harun |
• Kawasan Negeri | Lukut |
• ADUN | Choo Ken Hwa |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
• Musim panas (DST) | Tidak disediakan |
Lukut merupakan sebuah bandar yang terletak ke sebelah timur laut Port Dickson, Negeri Sembilan. Bandar ini terletak sepanjang Laluan Persekutuan 53 LP 53, iaitu jalan lama yang menghubungkan Seremban dan Port Dickson, dan Laluan Persekutuan 5 LP 5, iaitu jalan pantai utama di sepanjang Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Ramai penduduknya terdiri daripada kaum Cina.
Asalnya di bawah kekuasaan Selangor, Lukut pernah menjadi pusat perlombongan bijih timah yang penting, dan merupakan salah satu bandar terawal di Tanah Melayu. Terdapat sebuah kota pertahanan lama yang dipanggil Kota Lukut. Terdapat juga sebuah muzium di sini yang dinamakan Muzium Lukut berhampiran dengan Kota Lukut.