M. Nasir | |
---|---|
Kelahiran | Mohamad Nasir bin Mohamed Sam 4 Julai 1957 Bukit Panjang, Koloni Singapura |
Nama lain |
|
Pendidikan | Diploma Lukisan Barat |
Pusat pendidikan | Akademi Seni Halus Nanyang |
Pekerjaan | Penyanyi, pencipta lagu, komposer, pelakon, penulis, penerbit album, pengarah, pelukis |
Tahun aktif | 1979–kini |
Karya | |
Pasangan | Junainah Johari (k. 1980; m. 1998) Datin Marlia Musa (k. 2000) |
Anak-anak |
|
Saudara | Zulkifli Mohamed (Kembara) Siti Hajar Mohamed (Al-Jawaher) Normala Mohamed (Al-Jawaher) |
Anugerah | Senarai penuh |
Kerjaya muzik | |
Genre | |
Instrumen | |
Syarikat rakaman | Luncai Emas |
Pengkarya berkait | |
Dato' Dr. Mohamad Nasir bin Mohamed Sam atau lebih dikenali sebagai M. Nasir (lahir 4 Julai 1957) ialah seorang penyanyi, pencipta lagu, komposer, pelakon, penerbit album, pengarah dan pelukis Malaysia yang lahir di Singapura.[1][2][3] Dikenali dengan jolokan sifu dalam industri muzik Malaysia,[4][5] beliau memulakan kerjaya bersama kumpulan Kembara sebagai vokalis dan gitaris untuk tempoh singkat sebelum memulakan kerjaya muzik secara solo.[6]
Antara lagu-lagu terkenal beliau ialah "Mustika", "Apokalips", "Mentera Semerah Padi", "Raikan Cinta" dan "Phoenix Bangkit Dari Abu" dan "Juwita... (Citra Terindah)". M. Nasir juga ialah pengasas dan pemilik syarikat rakaman Luncai Emas yang turut berkhidmat sebagai pasukan pengurusannya. Sepanjang kerjayanya, beliau menjadi salah seorang antara penyanyi Melayu yang berjaya melahirkan album solo baru di setiap 4 dekad berbeza berturut-turut selain Anita Sarawak, Sharifah Aini, Khatijah Ibrahim, Ramlah Ram, Jamal Abdillah, Hattan dan Noraniza Idris.[7][8]
Sebagai pelakon, beliau memulakan kerjaya lakonan menerusi filem Kembara Seniman Jalanan (1986) yang mana beliau turut berkhidmat sebagai penulis skrip. Antara filem-filem lakonannya ialah Fenomena (1990), Selubung (1992), Merah (1997), Puteri Gunung Ledang (2004) dan Tombiruo: Penunggu Rimba (2017). Di luar bidang muzik, Nasir juga ialah seorang pelukis dan telah melukis pelbagai hasil seni lukisan termasuk abstrak.[9] Beliau telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan termasuk Anugerah Industri Muzik, Anugerah Juara Lagu dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian.