Maharani Matilda | |
---|---|
Maharani Suci Rom; Permaisuri Jerman; Permaisuri Itali | |
Tenure | 7 Januari 1114 – 23 Mei 1125 |
Ratu England (dipertikai) | |
Pemerintahan | 7 April 1141 – 1148[1][2] |
Didahului oleh | Stephen (sebagai raja) |
Diikuti oleh | Stephen (sebagai raja) |
Keputeraan | s. 7 Februari 1102 Mungkin Winchester atau Sutton Courtenay, England |
Kemangkatan | 10 September 1167 (umur 65) Rouen, Perancis |
Pemakaman | Rouen Cathedral, Perancis |
Pasangan | Henry V, Maharaja Suci Rom (k. 1114; m. 1125) Geoffrey V, Count Anjou (k. 1128; m. 1151) |
Anakanda | Henry II dari England Geoffrey, Count Nantes William FitzEmpress |
Kerabat | Normandy |
Ayahanda | Henry I dari England |
Bonda | Matilda dari Scotland |
Maharani Matilda (c. 7 Februari 1102 – 10 September 1167), juga dikenali sebagai Maharani Maude,[nb 1] merupakan salah satu pihak menuntut takhta Inggeris semasa perang saudara dikenali sebagai the Anarchy. Paduka puteri Raja Henry I dari England, baginda berpindah ke Jerman semasa kecil apabila baginda mengahwini bakal Maharaja Suci Rom Henry V. Baginda mengembara dengan suaminya ke Itali pada tahun 1116, dimahkotakan secara kontroversial di Basilik St. Peter, dan bertindak sebagai pemangku raja empayar di Itali. Matilda dan Henry V tidak mempunyai anak, dan apabila suaminya mangkat pada tahun 1125, mahkota empayar dituntut oleh pesaingnya Lothair dari Supplinburg.
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "nb", tetapi tiada tag <references group="nb"/>
yang berpadanan disertakan