Mahasiswa (gabungan मह- maha- daripada महत् mahat "besar, penting, tinggi..."[1]:320, 322 dan शिष्य śiṣya[2] "murid; yang menuntut ilmu"[1]:322) ialah pelajar yang menuntut di universiti.[3]
Mereka memainkan peranan penting dalam mencorak sistem pentadbiran sesebuah negara. Beberapa peristiwa revolusi sepanjang zaman berlaku bermula dengan mahasiswa seperti berlakunya Revolusi Arab[4] dan Gerakan Baihua.