Mahayana (Sanskrit: महायान , mahāyāna, Cina: 大乘; pinyin: dàchéng; Pe̍h-ōe-jī: tāi-sêng[1][2] "Kenderaan Besar"[2]) ialah satu daripada dua aliran utama agama Buddha selain Theravada. Di kalangan para pengikutnya, "Mahayana" juga memaksudkan tahap motivasi atau kesedaran rohani yang berasaskan budicita, iaitu cita-cita mulia untuk mencapai kesedaran (makrifat ) bukan sahaja untuk diri sendiri, bahkan juga demi kesejahteraan segala makhluk berperasaan. Meskipun pergerakan Mahayana dikatakan berasal dari ajaran Gautama Buddha, namun sesetengah ilmuwan percaya asalnya adalah di India pada abad pertama Masihi,[3][4] tidak pun abad pertama SM.[5][6]
Mahāyāna juga merujuk pada jalan Budisatwa menjadi seorang yang dipercayai mencapai tahap pencerahan penuh (bodhisattvayāna) demi manfaat semua makhluk hidup.[7][note 1] Aliran Buddhisme ini umum memandang jalan begini sebagai sesuatu yang dapat dicapai semua orang dan memandang tahap arhat sebagai sesuatu yang tidak lengkap.[8] Mahāyāna juga meyakini banyak sosok Buddha dan budisatwa yang tidak ditemukan dalam aliran Theravāda (seperti Amitābha dan Vairocana).[9] Pemikiran ini juga mengenalkan teori-teori khas, seperti teori kekosongan Madhyamaka (śūnyatā), Vijñānavāda ("ajaran kesadaran" yang juga disebut "hanya fikiran"), dan ajaran Benih Kebuddhaan (keyakinan bahwa semua makhluk hidup sudah memiliki hakikat Kebuddhaan yang murni di dalam diri mereka).
Para sejarawan percaya bahawa Mahayana mencapai arus perdana di India pada abad ke-5 M, kerana ketika itulah prasasti Mahayana mula wujud dalam catatan epigrafi di India.[10] Sebelum abad ke-11 M (ketika Mahayana masih berleluasa di India), Sutra Mahayana masih tengah disemak; oleh itu timbulnya pelbagai versi berbeza yang diterbitkan dari sutra yang sama itu. Versi-versi berlainan ini tak ternilai bagi para ilmuwan yang hendak membina semula sejarah aliran Mahayana. Sepanjang sejarahnya, aliran Mahayana tersebar ke seluruh Asia Dalam dan Asia Timur, di mana terbentuknya dua lagi cabang utama, iaitu agama Buddha Tibet (di Tibet, Mongolia, dan kawasan Himalaya); dan agama Buddha Asia Timur (di China, Jepun, Korea, dan Vietnam). Antara "aliran-aliran" utama dalam agama Buddha Asia Timur termasuk Jingtu, Tientai, Huayan, dan Zen.
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "note", tetapi tiada tag <references group="note"/>
yang berpadanan disertakan