Majlis Bandaraya Miri | |
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 20 Mei 2005 |
Agensi terdahulu |
|
Bidang kuasa | Miri |
Ibu pejabat | Jalan Raja, 98000 Miri, Sarawak, Malaysia |
Moto | Maju Bersama Masyarakat |
Eksekutif agensi |
|
Laman sesawang | www |
Majlis Bandaraya Miri (Jawi:مجليس بندرايا ميري) merupakan kerajaan tempatan yang mentadbir Bandar raya Miri, Sarawak. Majlis ini berfungsi untuk memberikan perkhidmatan-perkhidmatan perbandaran kepada penduduk. Ia juga bertanggungjawab pada kesihatan dan sanitasi awam, pengurusan dan pembuangan sampah, perancangan bandar, perlindungan dan kawalan alam sekitar, pembangunan ekonomi dan sosial, pengurusan lalu lintas dan penyelenggaraan umum bagi infrastruktur bandar[1]. Majlis ini diketuai oleh seorang Datuk Bandar dan mempunyai 24 orang Ahli Majlis.