Majlis Pertahanan Croatia Hrvatsko vijeće obrane | |
---|---|
Lambang Majlis Pertahanan Croatia | |
Diasaskan | 8 April 1992 |
Dibubarkan | 1 Disember 2005 |
Ibu pejabat | Mostar |
Kepimpinan | |
Panglima Tertinggi | Milivoj Petković |
Menteri Pertahanan | Bruno Stojić (1992 - 1993) Vladimir Šoljić (1993 - 1996) |
Kakitangan aktif | 50,000 (1995) |
Industri | |
Pembekal luar | Croatia |
Rencana berkaitan | |
Sejarah | Republik Herzeg-Bosnia Croatia Perang Bosnia Perang Bosniak-Croat Operasi Ribut |
Majlis Pertahanan Croatia (Croatia: Hrvatsko vijeće obrane , HVO) adalah sebuah formasi tentera rasmi di Republik Herzeg-Bosnia Croatia, sebuah entiti tidak sah yang wujud di Bosnia dan Herzegovina antara tahun 1991 hingga 1994 semasa Perang Bosnia. HVO adalah pasukan tentera utama bagi etnik Croat di Bosnia dan Herzegovina.
Pada tahap awal Perang Bosnia, HVO berperang bersama-sama dengan Tentera Darat Republik Bosnia dan Herzegovina (ARBiH) menentang etnik Serb Bosnia, tetapi pada tahap terkemudian konflik ia mula berselisih dengan bekas sekutunya, terutamanya di kawasan Mostar.[1]
HVO kemudian digabungkan ke dalam Tentera Darat Persekutuan Bosnia dan Herzegovina (VFBiH) pada Disember 1995 berikutan persetujuan yang dibuat selepas menandatangani Perjanjian Dayton. Pada Disember 2005, HVO disusun semula sebagai Rejimen Infantri Pertama (Pengawal) dalam Angkatan Tentera Bosnia dan Herzegovina, selepas VFBiH dan Tentera Darat Republika Srpska disatukan menjadi sebuah angkatan tentera tunggal.