Maktab Tentera Diraja | |
---|---|
Lokasi | |
Sungai Besi, Kuala Lumpur | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Berasrama Penuh |
Moto | Berkhidmat Memimpin |
Ditubuhkan | 3 Julai, 1952 |
Pengetua | Brigedier Jeneral Shaiful Azuar Bin Ariffin TUDM |
Laman sesawang | Laman rasmi MTD |
Maktab Tentera Diraja (Bahasa Inggeris: Royal Military College atau RMC) atau dikenali sebagai "Sandhurst Malaya" adalah sebuah sekolah tentera yang ditubuhkan untuk melatih anak-anak muda Malaysia untuk berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia. Ia kadangkala digelar "Sandhurst Tanah Melayu".
Kampus RMC meliputi kawasan seluas 1,200 ekar (4.9 km2) berhampiran bandar Sungai Besi (kira-kira 10 batu (16 km) dari Kuala Lumpur) dengan pemandangan Mines Resort dan Stadium Bukit Jalil. RMC berkongsi tanah dengan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Seorang pelajar semasa menunutut di RMC dikenali sebagai "Present Putera", manakala graduan institusi itu dikenali sebagai Old Putera atau "OP" secara ringkas. Istilah Putera, yang secara harfiah bermaksud putera dalam bahasa Melayu, dikaitkan dengan status diraja RMC. Sehingga 3 Julai 2015 (bersempena dengan ulang tahunnya ke 63), RMC telah menerima kebenaran untuk menjadi IB World School dan melaksanakan Program Diploma Baccalaureate Antarabangsa (IBDP).