Manjanik (serapan Arab: منجنيق, rumi: manjanīq , bahasa Inggeris: trebuchet ) merupakan senjata pengepung yang digunakan pada Zaman Pertengahan bagi meruntuhkan dinding batu atau melontar peluru melepasinya. Manjanik merupakan contoh disiplin bagi asas kejuruteraan mekanikal dalam jentera di mana konsep beban dan daya digunakan untuk membantu operasi ketenteraan.
Senata ini dipercayai telah dicipta di China antara abad ke-5 dan ke-3 SM. Manjanik timbal berat (counterweight trebuchet) terhasil dari manjanik seretan Cina yang lebih ringkas. Peralatan ini tiba di Eropah sekitar 500 M. Ia mampu melontar peluru seberat tiga ratus paun pada kelajuan menakjubkan ke kubu musuh, dengan pantas memusnahkan tembok dan pertahanan.
Kadang kala ia digunakan bagi melontar mayat dan bangkai haiwan yang berpenyakit; Wabak Maut Hitam dipercayai mula tersebar melepasi dinding istana kota, dalam usaha menjangkiti mereta yang bertahan. Manjanik jauh lebih tepat berbanding tarbil Zaman Pertengahan yang lain.
Ukuran panjang sesuatu objek, berat dan kekuatan bahan pembuatan adalah asas kepada pembinaan manjanik.