Acer | |
---|---|
Dedaun Acer pseudoplatanus (mapel sukam) | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
Order: | |
Keluarga: | |
Subkeluarga: | |
Genus: | Acer |
Spesies | |
| |
Taburan habitat |
Acer adalah genus pohon atau pokok renek yang juga dikenali sebagai mapel. Terdapat kira-kira 128 spesies pohon daripada genus ini yang kebanyakannya berasal dari benua Asia[2] namun terdapat juga bilangan spesies yang kecil di Eropah, utara benua Afrika serta Amerika Utara. Hanya ada satu spesies mapel sahaja yang bertaburan meluas hingga ke Hemisfera Selatan iaitu Acer laurinum atau nama setempatnya pokok medang alu.[3] Spesies jenis utama bagi genus ini adalah mapel sukam/bura (sycamore, voara) atau Acer pseudoplatanus yang merupakan spesies mapel paling banyak terdapat di benua Eropah.[4]