Marc Ravalomanana | |
---|---|
Dalam jawatan 6 Mei 2002 – 17 Mac 2009 | |
Perdana Menteri | Tantely Andrianarivo Jacques Sylla Jean-Jacques Rasolondraibe Jacques Sylla Charles Rabemananjara |
Didahului oleh | Didier Ratsiraka |
Digantikan oleh | Andry Rajoelina |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Imerinkasinina, Madagaskar | 12 Disember 1949
Pasangan | Lalao Ravalomanana |
Marc Ravalomanana (lahir 12 Disember 1949 di Imerinkasinina[1][2]) ialah seorang ahli politik berbangsa Malagasi yang menyandang jawatan Presiden negara Madagaskar dari 2 Mei 2002 hingga 17 Mac 2009. Ravalomanana yang berketurunan Merina[1] ini pernah berkhidmat selaku datuk bandar Antananarivo sebelum menjadi Presiden pada tahun 2002. Beliau memegang jawatan Presiden ketika menghadapi pertikaian mengenai keputusan pilihan raya tahun 2001 yang mana beliau berjaya menuntut undian majoriti pada pusingan pertama. Beliau dilantik semula pada Disember 2006, sekali lagi melalui unidan majoriti di pusingan pertama.
Pada 17 Mac 2009, Ravalomanana digulingkan dalam rampasan kuasa lalu diganti oleh Andry Rajoelina yang dilantik oleh tentera.