Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Mario Kempes

Mario Kempes
Kempes with Valencia, s. 1982–84
Maklumat peribadi
Nama penuh Mario Alberto Kempes Chiodi
Tarikh lahir (1954-07-15) 15 Julai 1954 (umur 70)
Tempat lahir Bell Ville, Argentina
Ketinggian 1.84 m (6 ka 0 in)
Posisi permainan Penyerang tengah, Tengah penyerangan
Kerjaya remaja
1961–1968 Club Atlético y Biblioteca Bell
1968–1969 Talleres
1969–1970 Instituto
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1970–1973 Instituto 13 (11)
1973–1976 Rosario Central 107 (85)
1976–1981 Valencia 142 (95)
1981–1982 River Plate 29 (15)
1982–1984 Valencia 42 (21)
1984–1986 Hércules CF 38 (10)
1986–1987 First Vienna FC 20 (7)
1987–1990 St. Pölten 96 (34)
1990–1992 Kremser SC 39 (7)
1993–1994 Pelita Jaya 18 (12)
1995 Fernández Vial 11 (5)
1996 Lushnja
Jumlah 555 (302)
Pasukan kebangsaan
1973–1982 Argentina 43 (20)
Pasukan diurus
1995–1996 Pelita Jaya
1996 Lushnja (pemain-jurulatih)
1997–1998 Mineros de Guayana
1999 The Strongest
2000 Blooming
2000–2001 Independiente Petrolero
2001–2002 Casarano
2002 San Fernando[1]
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Mario Alberto Kempes Chiodi (Sebutan Sepanyol: [ˈmaɾjo alˈβeɾto ˈkempes ˈtʃjoði], Itali: [ˈkjɔːdi]; tarikh lahir 15 Julai 1954) ialah bekas pemain bola sepak pasukan kebangsaan Argentina yang bermain sebagai striker atau pemain tengah penyerangan. Kempes merupakan salah satu daripada penjaring gol paling berpengaruh di Amerika Selatan. Beliau berjaya mendapat gelar sebagai penjaring gol terbanyak La Liga dua kali bersama Kelab Valencia dengan jaringan gol 116 dalam 184 perlawanan.

Pada kerjaya antarabangsa, Kempes ialah pembeza dalam kemenangan pasukan kebangsaan Argentina di Piala Dunia 1978. Dalam pentas akhir beliau berjaya menjaringkan dua gol yang menghantarkan negaranya ke atas kejayaan dan menerima Kasut Emas sederum memenangi Bola Emas kejohanan itu. Kempes ialah salah satu daripada tiga pemain yang telah memenangi ketiga-tiga anugerah dalam satu acara Piala Dunia, bersama-sama dengan Garrincha pada tahun 1962 dan Paolo Rossi pada tahun 1982.

Kempes memenangi Pemain Bola Sepak Terbaik Amerika Selatan dan Pemain Bola Sepak Eropah Terbaik, Onze d'Or pada tahun 1978. Meskipun banyak pihak yang tidak mengakui gelaran dan kerjaya antarabangsa, kerana Piala Dunia 1978 disyak akan kontroversi.

Selepas persaraan beliau dari pasukan kebangsaan, Kempes bermain di kelas divisyen tertinggi Indonesia masa itu dengan menyertai Pelita Jaya FC pada musim 1993-94 dan menyertai semula sebagai jurulatih untuk 1995–96. Pada tahun 2004, beliau telah dinamakan sebagai salah satu daripada 125 pemain bola sepak terbaik yang masih hidup sebagai sambutan daripada ulang tahun ke-100 FIFA.[2] Beliau meneruskan kerjayanya di dunia sukan dengan menjadi ahli analisis ESPN Deportes dan pelakon suara untuk francais EA Sports FC dalam bahasa Sepanyol.

Kempes mendapat nama gelar, El Toro dan El Matador dan digelari salah satu daripada 3 pemain yang diakui sebagai Legenda Argentina, 2 Pemain lainnya ialah Diego Maradona dan Lionel Messi.

  1. ^ "Kempes manager profile". BDFutbol.
  2. ^ "Pele's list of the greatest". BBC Sport. 4 Mac 2004. Dicapai pada 15 Jun 2013.

Previous Page Next Page