Marmar (Jawi: مرمر ) merupakan jenis batuan kasar terhasil dari perubahan batuan enapan karbonat (terutamanya mineral kalsit) seperti batu kapur atau dolomit yang menghablur semula[1] dipengaruh suhu dan tekanan yang dihasilkan oleh gaya endogen membentuk pelbagai foliasi ataupun bukan foliasi. Batuan ini lazim berwarna keputihan terutamanya jenis yang tulen murni.
Batuan ini sering digunakan untuk tujuan pengukiran seni seperti karya-karya patung[2] terutamanya sejak zaman baharian serta juga untuk tujuan pembinaan sebagai bahan asas membuat simen.[1]
white marble prized for use to make sculptures.