Pengendali | NASA |
---|---|
Jenis misi | Pengorbit |
Satelit kepada | Marikh |
Tarikh Masuk Orbit | 24 Oktober 2001 |
Tarikh Berlepas | 7 April 2001 |
Kenderaan Pelancar | Delta II |
Laman web | 2001 Mars Odyssey |
Jisim | 725 (331.8 + 348.7 bahan api) kg |
Kuasa | 750W (Marikh) |
Unsur orbital | |
Paksi semimajor | 3785 km |
Ketaksepusatan | 0.0115 |
Kecondongan | 93.2 ° |
Tempoh orbit | 1.964 |
Mars Odyssey 2001 ialah pesawat angkasa NASA yang mengorbit planet Marikh. Pesawat ini membawa 3 instrumen penyelidikan utama, iaitu Themis, GRS dan Marrie. Alatan-alatan ini digunakan bagi menjalankan penyelidikan ke atas planet Marikh.[1] Diharapkan data daripada Odyssey dapat membantu menjawab persoalan sama ada kehidupan pernah wujud di Marikh.
Odyssey dilancarkan pada 7 April 2001 menggunakan roket Delta II dari Cape Canaveral, Florida, dan tiba di Marikh pada 24 Oktober 2001, 0230 UCT. Bagaimanapun, ia cuma memulakan misi sainsnya pada 19 Februari 2002.