Marsha Milan | |
---|---|
Kelahiran | Marsha Milan Londoh 6 Disember 1985 |
Pekerjaan | Penyanyi, pengacara, pelakon |
Tahun aktif | 2005–kini |
Pasangan | Mohamed Shaiful Nizam Ismail (k. 2015)[1] |
Saudara | Linda Nanuwil (sepupu) |
Laman web rasmi | marshamilanlondoh.com |
Marsha Milan Londoh (lahir 6 Disember 1985) ialah seorang penyanyi, pengacara dan pelakon Malaysia yang terkenal kerana berlakon dan pernah meraih tempat keempat dalam Akademi Fantasia Musim 3 dan pernah membintangi drama televisyen Internet buatan Malaysia yang pertama,Kerana Karina, di laman web gua.com.my.
Marsha berketurunan Kadazan-Dusun[2] dan merupakan sepupu kepada Linda Nanuwil. Marsha pernah memberitahu media Utusan bahawa dia mahu dikenali sebagai Marsha Milan.