Mary | |
---|---|
Ratu Scotland | |
Pemerintahan | 14 Disember 1542 – 24 Julai 1567 |
Kemahkotaan | 9 September 1543 |
Didahului oleh | James V |
Diikuti oleh | James VI |
Pemangku raja | Lihat senarai
|
Raja permaisuri Perancis | |
Pegangan | 10 Julai 1559 – 5 Disember 1560 |
Keputeraan | 8 Disember 1542[1] Istana Linlithgow, Linlithgow, Scotland |
Kemangkatan | 8 Februari 1587 (berumur 44 tahun)[2] Istana Fotheringhay, Northamptonshire, England |
Pemakaman | 30 Julai 1587 28 Oktober 1612 |
Pasangan |
|
Anakanda | James VI dan I |
Kerabat | Stuart |
Ayahanda | James V dari Scotland |
Bonda | Mary dari Guise |
Agama | Katolik Rom |
Tandatangan |
Mary, Ratu Scotland (8 Disember 1542 – 8 Februari 1587; Jawi: مېري، راتو سكوتلند ), juga digelar Mary Stuart[3] atau Mary I dari Scotland,[4] ialah Ratu Scotland dari 14 Disember 1542 sehingga baginda dipaksa turun takhta pada tahun 1567.
Satu-satunya anak sah James V dari Scotland yang hidup, Mary baru enam hari apabila bapanya mangkat dan baginda mewarisi takhta. Semasa zaman kanak-kanak, Scotland ditadbir oleh para pemangku, pertama oleh pewaris takhta, James Hamilton, Earl dari Arran, kemudian oleh ibunya, Mary dari Guise. Pada tahun 1548, baginda bertunang dengan Francis, Putera Mahkota Perancis, dan dihantar untuk dibesarkan di Perancis, di mana baginda akan selamat daripada tentera Inggeris semasa Perang Rough Wooing. Mary berkahwin dengan Francis pada tahun 1558, menjadi permaisuri Perancis apabila Francis naik takhta sehingga kemangkatan pada Disember 1560. Sebagai janda, Mary kembali ke Scotland pada Ogos 1561. Suasana agama dan politik yang tegang berikutan Reformasi Scotland yang Mary hadapi sekembalinya ke Scotland lagi diburukkan oleh oleh tokoh-tokoh Scotland yang terkenal seperti John Knox, yang secara terbuka mempersoalkan sama ada rakyat wajib taat kepada Mary. Tahun-tahun awal pemerintahannya ditandai dengan pragmatisme, toleransi dan kesederhanaan. Baginda mengeluarkan pengisytiharan menerima amalan-amalan agama di Scotland seadanya, mengekalkan penasihat seperti James Stewart, Earl dari Moray (saudara tirinya yang tidak sah), dan William Maitland dari Lethington, dan memerintah sebagai raja Katolik di sebuah kerajaan Protestan.
Mary berkahwin dengan sepupu tirinya Henry Stuart, Lord Darnley, pada tahun 1565; pada tahun 1566 baginda melahirkan seorang anak lelaki, James. Namun, perkahwinan mereka memburuk selepas Darnley mendalangi pembunuhan setiausaha Itali dan rakan karib Mary, David Rizzio. Pada Februari 1567, kediaman Darnley musnah akibat letupan dan dia dijumpa dibunuh di taman berdekatan. James Hepburn, Earl ke-4 dari Bothwell, secara amnya dipercayai adalah dalang pembunuhan Darnley tetapi dia dibebaskan daripada tuduhan tersebut pada April 1567 dan pada bulan berikutnya berkahwin dengan Mary. Berikutan pemberontakan terhadap mereka berdua, Mary dipenjarakan di Istana Lochleven. Pada 24 Julai 1567, baginda dipaksa memberikan takhta kepada anaknya James VI yang berumur satu tahun. Selepas gagal cuba mendapatkan semula takhta, baginda melarikan diri ke England memohon perlindungan anak saudara sepupunya, Elizabeth I.
Sebagai cicit Henry VII dari England, Mary pernah menuntut takhta Elizabeth dan dianggap sebagai pemerintah England yang sah oleh ramai penganut Katolik Inggeris, termasuk peserta dalam pemberontakan yang dipanggil Pemberontakan Utara. Memandang Mary sebagai satu ancaman, Elizabeth mengurung baginda di pelbagai istana dan rumah agam di pedalaman England. Selepas lapan belas tahun setengah dalam tahanan, Mary didapati bersalah kerana merancang untuk membunuh Elizabeth pada tahun 1586 dan dipenggal pada tahun berikutnya di Istana Fotheringhay. Hidup dan hukuman mati Mary menjadikannya watak sejarah yang romantis dalam budaya popular.