Masjid Saint Petersburg مسجد ساينت ڤيترسبرڬ | |
---|---|
Maklumat am | |
Nama tempatan | Санкт-Петербу́ргская мече́ть |
Status | Aktif |
Tempoh pembinaan | 1910 - 1921 |
Maklumat geografi | |
Negara | Rusia |
Lokasi | Saint Petersburg |
Koordinat | 59°57′19″N 30°19′26″E / 59.955247°N 30.323896°EKoordinat: 59°57′19″N 30°19′26″E / 59.955247°N 30.323896°E |
Maklumat pembinaan | |
Bil. kubah | 1 |
Ketinggian kubah (luar) | 39 meter (128 ka) |
Bil. menara | 2 |
Ketinggian menara | 49 meter (161 ka) |
Kapasiti jemaah | 5,000 |
Arkitek | Nikolai Vasilyev |
Lokasi | |
sunting |
Masjid Saint Petersburg (Rusia: Санкт-Петербу́ргская мече́ть ), semasa pembukaannya pada tahun 1913, merupakan masjid terbesar di Rusia. Menaranya berukuran 49 meter tinggi sementara kubahnya pula berukur 39 m. Masjid ini terletak di tengah-tengah bandar Saint Petersburg, dan dapat menampung lima ribu orang jemaah.
Batu asas diletakkan pada rahun 1910 bagi memperingati ulang tahun pemerintahan Abdul Ahat Khan ke-25 di Bukhara. Pada masa itu, bilangan Muslim di ibu kota (masa itu) Rusia melebihi 8,000 orang, dan binaan yang dicadangkan dapat menampung semua orang Muslim. Jurubina masjid, Nikolai Vasilyev mereka bentuk masjid mengikut bentuk Gur-e Amir, makam Amir Timur ("Tamerlane") di Samarkand. Pembinaan selesai pada tahun 1921.
Para jemaah diasingkan mengikut jantina—jemaah wanita bersolat di aras pertama masjid sementara jemaah lelaki bersolat di aras bawah. Masjid ini ditutup dari tahun 1940 hingga 1956.
Masjid Saint Petersburg ini merupakan masjid yang paling utara di dunia, mengatasi Masjid Uppsala di Sweden.