Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Maya Karin

Maya Karin
Maya pada 2019.
Kelahiran
Maya Karin Roelcke

(1979-10-29) 29 Oktober 1979 (umur 45)
PendidikanMedia dan pemasaran
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi Kreatif Limkokwing, Cyberjaya, Malaysia
PekerjaanPelakon, penyanyi, model, pengacara, jurucakap produk, aktivis
Tahun aktif1999–kini
Ketinggian168 cm (5 ka 6 in)
PasanganSteven David Shorthose (k. 2008; c. 2010)
Ibu bapa
  • Gottfried Roelcke (bapa)
  • Che Zan (ibu)
Kerjaya muzik
GenrePop, R&B
InstrumenVokal
Syarikat rakaman

Maya Karin Roelcke (lahir 29 Oktober 1979) merupakan seorang pelakon, penyanyi, model, pengacara televisyen dan aktivis Malaysia, kelahiran Jerman. Menjadi salah seorang pelakon wanita terulung di Malaysia dalam industri perfileman tanah air, Maya meraih penghargaan meluas untuk kemenangan anugerah dan persembahan terbaik menerusi lakonannya dalam filem seperti Seri Dewi Malam (2000), Pontianak Harum Sundal Malam (2004-06), Waris Jari Hantu (2007), Anak Halal (2007), Pisau Cukur (2009), Cun! (2011), Ombak Rindu (2011), Sejoli: Misi Cantas Cinta (2014), Nota (2015), Jwanita (2015), Munafik 2 (2018) dan Abang Long Fadil 3 (2022). Sebagai pelakon yang bertaraf kelas A,[1] beliau diketahui banyak bertumpu kepada filem dan tidak memilih untuk muncul dalam drama televisyen.[2][3][4]

Dalam sejarah Festival Filem Malaysia, Maya memegang rekod untuk pelakon dengan pencalonan terbanyak bagi kategori Anugerah Pelakon Wanita Terbaik sebanyak 11 kali dan beliau ialah dikalangan pelakon wanita yang memenangi anugerah itu sebanyak dua kali. Beliau juga merupakan salah seorang daripada dua pelakon wanita Malaysia dan yang pertama yang memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik.[5] Beliau telah tercalon dalam kategori pelakon terbaik dan anugerah hiburan popular hampir setiap tahun dan meraih pelbagai anugerah dan pencalonan di Festival Filem Malaysia, Anugerah Skrin, Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur, Anugerah Lawak Warna, Festival Filem Asia Pasifik, Estepona Fantasy & Terror Film Festival, Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan Anugerah MeleTOP Era.

Anugerah pertama yang dimenangi Maya ialah trofi Artis Baru Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2001 (ABPBH 2001) yang berlangsung di Genting Highlands, Pahang. Seterusnya beliau memenangi kategori Pelakon Filem Wanita Popular di ABPBH 2005, 2008 dan 2011. Beliau diberi jolokan sebagai "Ratu Filem Seram" kerana banyak membintangi filem seram.[6] Bagi kerjayanya sebagai penyanyi, Maya telah menerbitkan sebanyak tiga album studio, album pertamanya, Erti Cinta telah terjual sebanyak 10,000 unit di Malaysia sahaja.[7][8] Pada Jun 2018, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang daripada 10 pelakon popular yang meraih pengiktirafan di peringkat global.[9]

Di pentas, Maya telah beraksi dalam banyak pementasan teater, antaranya ialah In The Mind's Eye (1999), Natrah (2009) dan Supermokh Sebuah Muzikal (2013). Di luar kerjaya hiburannya, Maya juga telah bergiat aktif dalam aktiviti amal dan kebajikan, termasuk pendidikan, alam sekitar dan hak wanita serta menjadi jurucakap untuk pelbagai jenama terkenal seperti Pantene, L'Oréal dan Nescafe.

  1. ^ Hellinie Sina (20 April 2014). "Maya kelas A". Metro Ahad. Dicapai pada 12 Jun 2021.
  2. ^ Emma Hasaan (9 Oktober 2017). ""Bukan Berlagak, Tiada Keinginan Berlakon Drama"- Maya Karin". Mangga Media. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Oktober 2017. Dicapai pada 16 Oktober 2017.
  3. ^ Wahida Othman (9 Ogos 2011). "Maya Karin mahu berehat". Mangga. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Ogos 2011. Dicapai pada 17 Februari 2018.
  4. ^ "Tahniah Maya Karin". Utusan Malaysia. 10 Julai 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-12. Dicapai pada 17 Februari 2017.
  5. ^ Rudy Imran Shamsudin (26 Ogos 2005). "Maya tak takut kontroversi". Harian Metro. Dicapai pada 12 Jun 2021.
  6. ^ Aqmar Mustaza (11 Mac 2017). "Maya Karin digelar ratu filem seram". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Disember 2018. Dicapai pada 19 Mac 2017.
  7. ^ Zulkefli Hamzah (11 Julai 2002). "Maya Karin: Erti Cinta terokai di Indonesia". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-28. Dicapai pada 28 November 2008.
  8. ^ Abie Abdullah (12 November 2003). "Maya kerja keras". Harian Metro. Dicapai pada 12 Jun 2021.
  9. ^ Amirul Haswendy Ashari (30 Jun 2018). "Harum di pentas dunia". Harian Metro. Dicapai pada 30 Jun 2018.

Previous Page Next Page






مايا كارين Arabic مايا كارين ARZ Maya Karin DTP Maya Karin English Maya Karin Spanish Maya Karin ID Maya Karin IG 마야 카린 Korean

Responsive image

Responsive image