Tan Sri Mazlan Nordin adalah tokoh wartawan Malaysia.Beliau lahir pada 14 Oktober 1925 di Tanjung Malim, Perak. Beliau pernah menjadi wartawan di Utusan Melayu dan Berita Harian ; pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) (Februari 1973-1982); Ketua Pengarang Utusan Melayu dan dilantik Pengarah Urusan (1983-1987).
Mazlan Nordin pernah menjadi Perunding Jabatan Pengarang di New Straits Times Press (M) Bhd (2000-September 2001) dan menjadi kolumnis di Mingguan Malaysia, The Sun, New Straits Times, majalah Asiaweek dan Penulis Tamu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).