Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Media Prima Berhad

Media Prima Berhad
ميديا ڤريما برحد
Nama dahuluProfitune Berhad (2000–2002)
Jenis/bentuk sahSyarikat awam berhad
Didagangkan sebagaiMYX: 4502
ISINMYL4502OO000
IndustriMedia massa
Ditubuhkan27 November 2000 (2000-11-27)
Ibu pejabatBalai Berita, Bangsar, Kuala Lumpur, Malaysia
Tokoh penting
  • Datuk Seri (Dr) Syed Hussian Aljunid
    (Pengerusi)
  • Rafiq Razali
    (Pengarah Urusan Kumpulan)
Hasil RM 8.81 bilion
Pendapatan bersih RM 95.7 juta
Pemilik
Bilangan kakitangan6,187 (Disember 2023)
Pembahagian
Anak syarikat
Tapak webwww.mediaprima.com.my
LinkedIn: media-prima-berhad Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Media Prima Berhad (dahulunya dikenali sebagai Profitune) (Jawi: ميديا ڤريما برحد) ialah sebuah syarikat media Malaysia yang beribu pejabat di Kuala Lumpur. Ia merupakan konglomerat media dan hiburan dan terbesar Malaysia dari segi pendapatan, pendapatan operasi, pendapatan bersih, aset, ekuiti, permodalan pasaran, dan bilangan pekerja.

Ditubuhkan pada tahun 2000 sebagai Profitune Berhad dan pada asalnya bermula sebagai syarikat multimedia, syarikat ini bertukar nama kepada Media Prima pada tahun 2002 dan memulakan operasinya setahun kemudian selepas pemecahan aset media Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB). Syarikat ini tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia dan kini memiliki 100 peratus kepentingan ekuiti dalam TV3 & 8TV juga memiliki lebih daripada 98 peratus kepentingan ekuiti dalam New Straits Times Press, syarikat penerbitan akhbar terbesar di Malaysia yang menerbitkan akhbar-akhbar terkemuka seperti New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro.

Media Prima juga memiliki lima stesen radio iaitu, Eight FM, Fly FM, Hot FM, Kool 101 dan Molek FM di bawah Rangkaian Radio Media Prima. Kepentingan lain berasaskan media bagi Media Prima adalah dalam bidang penerbitan karya; pengurusan acara dan bakat. Kedudukan kumpulan ini sebagai peneraju dalam bidang pengiklanan luar ialah melalui Big Tree Outdoor, UPD, The Right Channel dan Kurnia Outdoor.

Kumpulan ini juga telah mengembangkan sayapnya ke platform media baru melalui Alt Media dengan pelancaran portal internet gaya hidup, gua.com.my dan tonton.com.my, video portal baru yang canggih dengan kemampuan definisi tinggi (HD) yang menawarkan kebebasan memilih kandungan secara individu dan rangkaian sosial yang interaktif. Emas ialah saluran retro pertama di Malaysia yang menyiarkan program-program TV popular produksi Media Prima yang boleh ditonton melalui TV Internet Protokol (IPTV) di HyppTV dan Unifi milik Telekom Malaysia. Media Mulia Sdn. Bhd. (dahulunya dikenali sebagai Dilof), yang dimiliki oleh Syed Mokhtar Al-Bukhary, merupakan pemegang saham terbesar di dalam Media Prima.[1]


Previous Page Next Page






ميديا بريما Arabic Media Prima English مدیا پرایما FA Media Prima ID Media Prima Polish มีเดียพริมา Thai Media Prima UZ 首要媒体 Chinese

Responsive image

Responsive image