Media baru (bahasa Inggeris: new media ) merupakan satu istilah untuk menjelaskan peralihan antara teknologi komunikasi digital yang berkomputer serta berhubung ke dalam rangkaian. Contoh dari media yang mewakili media baru ialah Internet. Rancangan televisyen, filem, majalah, buku, surat khabar, dan jenis media cetak lain tidak termasuk dalam media baru.