Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Mekanik klasik

Unit terbitan SI dengan kg, m dan s
sesaran m
kelajuan m s−1
pecutan m s−2
sentakan m s−3
tenaga tentu m² s−2
kadar dos terserap m² s−3
momen inersia kg m²
momentum kg m s−1
momentum sudut kg m² s−1
daya kg m s−2
tork kg m² s−2
tenaga kg m² s−2
tenaga kg m² s−3
tekanan kg m−1 s−2
tegangan permukaan kg s−2
kesinaran kg s−3
kelikatan kinematik m² s−1
kelikatan dinamik kg m−1 s

Mekanik klasik ialah satu cabang fizik yang mengkaji gerakan penentuan untuk objek-objek. Bidang ini merangkumi berbagai-bagai cabang yang merupakan bentuk-bentuk khusus atau peringkat-peringkat perkembangan:

Kebanyakan daripada cabang-cabang di atas adalah sama dalam beberapa segi, baik tepat sama mahupun sama dalam keadaan-keadaan yang khas. Umpamanya, mekanik Lagrange adalah selalu tepat sama dengan mekanik Newton tetapi dalam bentuk yang paling mudah, mekanik Hamilton hanya sama dengan kedua-dua cabang tersebut jika tidak adanya daya geseran atau seretan. Dalam kes-kes yang lain, cabang mekanik yang tertulis di atas merupakan bentuk khusus yang sesuai: Mekanik Newton boleh digunakan untuk menyimpulkan mekanik statistik, dan mekanik statistik menghasilkan kesemua keputusan termodinamik secara langsung dan dengan lebih tepat.

Mekanik klasik tidak merangkumi sebarang bidang fizik yang melibatkan prinsip ketakpastian dan oleh itu, mekanik kuantum bukannya fizik "klasik", dan kekadang digelarkan fizik moden sebagai perbandingan. Sesetengah sumber juga mengecualikan apa yang digelarkan "fizik kerelatifan" daripada kategori itu. Bagaimanapun, sebilangan sumber memasukkan mekanik Einstein yang menurut pandangan mereka, merupakan mekanik klasik dalam bentuk yang paling maju dan paling tepat.


Previous Page Next Page