Rencana ini mungkin memerlukan sunting kopi untuk tatabahasa, gaya, kepaduan, nada, atau ejaan. (Oktober 2020) |
Masyarakat Melayu sebenarnya bukan sahaja terdapat di Semenanjung Tanah Melayu tetapi juga terdapat di Sarawak, di Kota Pontianak, di Brunei dan di Sumatera. Namun ramai yang tidak mengetahui bahawa masyarakat Melayu juga sebenarnya terdapat di Tawau, Sabah yang jauhnya di hujung Malaysia.[1] Walaupun sejak kemerdekaan, masyarakat Islam di Sabah diwartakan sebagai Bumiputera Islam namun kewujudan bangsa Melayu di Tawau sudah wujud sejak lebih seratus tahun dulu iaitu asmilasi di antara campuran keturunan dan budaya rumpun rumpun Melayu seperti Tidung, Suluk, Arab, Bugis Wajo, Banjar, Jawa, Orang Cocos, Aceh, Boyan, Melayu Malaya ( semenanjung malaysia zaman penjajahan ) dan banyak lagi. Mereka bertutur dan mengamalkan adat dan budaya Melayu dan mereka telah lama wujud di Tawau sejak zaman pemerintahan British, saat pendudukan tentera Jepun dan era kemerdekaan Sabah melalui USNO.
Pemimpin-pemimpin Melayu seperti Penghulu Abu Bakar ( 1899 - 1953 ) dan Datuk Abu Bakar Titingan ( 1920 - 1980 ) adalah pemimpin Melayu yang berjasa dan diingati oleh generasi tua walaupun tidak diketahui oleh generasi muda kini. Masyarakat Melayu Tawau yang nenek moyangnya ini pernah melalui zaman pemerintahan British dan Jepun ini tidaklah sama dengan masyarakat pendatang Indonesia (Butun, Jawa, Tidung indonesia, Banjar Indonesia, Dayak indonesia, Murut indonesia etc) dan pendatangFilipina ( Visaya, Bajau pantai timur, Suluk Moro ) yang diberikan taraf kewarganegaraan kerana masyarakat pendatang ini kewujudannya agak baru iaitu selepas kelahiran negara Malaysia dan selepas kewujudan negara mereka sendiri iaitu Indonesia dan Filipina. ( Nota : Melayu Tawau tidak sama dengan kaum bumiputra lain di Sabah seperti Kadazan Dusun , Bajau Kota Belud , Bajau Semporna , Idahan , Sungai , Tidong Kalabakan dan Kedayan . Ini kerana terdapat perbezaan budaya serumpun , perbezaan amalan dan gaya hidup serta perbezaan bahasa pertuturan di antara mereka . )