Membakut | |
---|---|
![]() Deretan Kedai Lama Pekan Membakut Yang Dibuat Pada 1915 | |
Negara | ![]() |
Negeri | ![]() |
Bahagian | Pedalaman |
Ditubuhkan | 1 April 1977 |
Keluasan | |
• Jumlah | 132.8 km2 (51.3 batu persegi) |
Penduduk (2012) | |
• Jumlah | 21,900 |
Zon waktu | Malaysian Standard Time |
Membakut adalah daerah yang terletak di Sabah, Malaysia. Dahulunya disebut sebagai Pekan Kecil Membakut dan diisytihar menjadi Daerah Kecil pada tahun 1977. Manakala Bangunan Pejabat Daerah Kecil Membakut siap dibina pada tahun 1978. Kini Warta bertarikh 09 Februari 2023 telah mengisytiharkan bahawa Membakut telah dinaiktaraf menjadi daerah penuh sejak 30 Mac 2022. Majlis Pelancaran Daerah Membakut telah diadakan 14 Oktober 2023 dan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah. Dengan penarafan sebagai Daerah Penuh, maka keluasan kawasan yang dahulunya hanya 132.8 km persegi telah bertambah ke 1,480 km persegi. Untuk pesempadanan daerah, Daerah Membakut meliputi kawasan Lumat hingga ke Kayau. Sumber : Jabatan Tanah Ukur Beaufort