Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Meme

Graffito Kilroy was here mula muncul dan merebak masyhur pada tahun 1940-an di serata dunia. Grafiti ini merupakan suatu contoh mimema yang tersebar melalui peniruan.[1]

Meme [mim] adalah idea, tingkah laku, atau gaya yang tersebar oleh masyarakat dalam sesebuah budaya yang seringkalinya bertujuan untuk menyampaikan sebuah fenomena, tema, atau makna tertentu yang diwakili olehnya.[2] Ia bertindak sebagai suatu unit pembawa idea, simbol, atau amalan budaya yang boleh diturunkan daripada satu fikiran yang lain melalui penulisan, ucapan, pergerakan, ritual, atau fenomena yang boleh ditiru orang lain melalui temanya. Para penyokong konsep ini menganggap ia boleh diumpamakan sebagai analog budaya kepada gen atas kebolehannya ditiru, bermutasi, serta bertindak balas kepada tekanan pemilihan.[3]

Konsep penyalinan dan penyebaran buah fikiran ini mula-mula dicetuskan melalui beberapa penulisan tertentu sejak mulanya abad ke-20, namun ia pertama kali dipopularkan dengan istilah yang khususnya oleh Richard Dawkins, seorang ahli etologi dan ahli biologi evolusi dari Britain, dalam buku nukilannya bertajuk The Selfish Gene pada tahun 1989.[4]

  1. ^ "Kilroy Was Here - Los Angeles Times". articles.latimes.com. 5 Mei 2000. Dicapai pada 16 Disember 2013.
  2. ^ Meme. Merriam-Webster Dictionary.
  3. ^ Graham, Gordon (2002). Genes: a philosophical inquiry. New York: Routledge. m/s. 196. ISBN 0-415-25257-1.
  4. ^ Dawkins, Richard (1989). The Selfish Gene (ed. 2). Oxford University Press. m/s. 192. ISBN 0-19-286092-5. We need a name for the new replicator, a noun that conveys the idea of a unit of cultural transmission, or a unit of imitation. 'Mimeme' comes from a suitable Greek root, but I want a monosyllable that sounds a bit like 'gene'. I hope my classicist friends will forgive me if I abbreviate mimeme to meme. If it is any consolation, it could alternatively be thought of as being related to 'memory', or to the French word même. It should be pronounced to rhyme with 'cream'.

Previous Page Next Page






Meem AF ميم (وحدة) Arabic Mem AZ Meme BAR Мем Bulgarian মিম Bengali/Bangla Mem Catalan میم (ڕەخنە) CKB Mem (informace) Czech Мем CV

Responsive image

Responsive image