Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Menara Shanghai

Menara Shanghai
上海中心大厦
Menara Shanghai
Maklumat
Lokasi Shanghai, China
Status Siap dibina
Tempoh pembinaan 2008–2015
Kegunaan Pejabat, Hotel, Hiburan, Pemerhatian
Dibuka Jun 2015
Musnah
Ketinggian
Antena/Puncak 632 m (2,073.5 ka)[1]
Bumbung 587.4 m (1,927.2 ka)
Tingkat atas 562 m (1,843.8 ka)
Maklumat teknikal
Bilangan tingkat 128
Keluasan tingkat 380,000 m2 (4,090,300 ka2)
Bilangan lif 97
Kos
Syarikat-syarikat
Arkitek Amerika Syarikat Marshall StrabalaRepublik Rakyat China Jun Xia (Gensler)
Jurutera Thornton Tomasetti, Cosentini Associates dan 2DEFINE
Kontraktor Republik Rakyat China Shanghai Tower Construction & Development Co., Ltd.
Pemaju Shanghai Tower Construction & Development Co., Ltd.
Pemilik

Menara Shanghai merupakan pencakar langit teramat tinggi yang terletak di Lujiazui, Pudong, Shanghai, China. Direka oleh Gensler dan dimiliki oleh kerajaan bandar Shanghai, ianya juga merupakan pencakar langit yang tertinggi antara tiga sekumpulan pencakar langit sangat tinggi yang bersebelahan dengannya di Pudong, dua pencakar langit yang lain ialah Menara Jin Mao dan Pusat Kewangan Dunia Shanghai. Pencakar langit ini berukuran 632 meter (2,073 kaki) tinggi dan mempunyai 120 tingkat, dengan jumlah keluasan kawasan 380,000 m2 (4.090.000 kaki persegi). Pembinaan bertingkat direka untuk kecekapan yang tinggi, menyediakan pelbagai zon berasingan bagi pejabat, kedai runcit dan kegunaan pelancongan. Bahagian luar Menara Shanghai telah disiapkan pada musim panas 2015.

Kerja-kerja pembinaan menara itu bermula pada November 2008 dan siap dibina pada 3 Ogos 2013. Menara Shanghai kini merupakan bangunan tertinggi di China dan ketiga tertinggi di dunia, dikalahkan oleh Burj Khalifa di Dubai, UAE dan KL118 di Kuala Lumpur, Malaysia. Ia juga ialah struktur China tertinggi dalam apa jua bentuk, melebihi Menara Canton di Guangzhou dengan ketinggian 600 meter (1,969 kaki) yang siap dibina pada 2010. Setelah dijadual dibuka kepada orang ramai pada bulan Jun 2015, dek pemerhatian telah dibuka pada 1 Julai 2016. Ia terletak di tingkat 119 pada ketinggian 552 m. Bahagian-bahagian lain bangunan itu masih ditutup, serta dek pemerhatian yang tertinggi ialah di tingkat 121, pada 561 m (iaitu lebih tinggi daripada dek 555,70 m pemerhatian di Burj Khalifa).

  1. ^ "Petronas Twin Towers Official Website - General Statistics". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-22. Dicapai pada 2010-01-15.

Previous Page Next Page