Menteri Besar Negeri Sembilan | |
---|---|
منتري بسر نڬري سمبيلن | |
Kerajaan Negeri Sembilan | |
Gelaran | Yang Amat Berhormat |
Anggota bagi | Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan |
Lapor kepada | Dewan Undangan Negeri Sembilan |
Bidang kuasa | Negeri Sembilan |
Kediaman | Kampung Tanjung, Rantau, Seremban, Negeri Sembilan |
Pusat | Tingkat 5, Blok B, Wisma Negeri, 70503 Seremban, Negeri Sembilan |
Dilantik oleh | Tuanku Muhriz Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan |
Tempoh jawatan | Selagi masih memiliki keyakinan dan kepercayaan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan Pilihan raya negeri diadakan lima tahun sekali atau lebih awal |
Penjawat sulung | Abdul Malek bin Yusof |
Dibentuk | 1 Februari 1948 |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
Menteri Besar Negeri Sembilan ialah suatu jawatan eksekutif tertinggi bagi mengetuai kerajaan negeri di Negeri Sembilan, Malaysia. Ia mula dilantik sejak 1 Februari 1948 iaitu selepas tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu. Selepas kemerdekaan pada 1957, jawatan Menteri Besar terus wujud dengan perlantikannya diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Lazimnya Menteri Besar dipilih dalamkalangan anggota parti politik yang memenangi majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan.