Mercun (Jawi: مرچون ) ialah sejenis perkakas letupan kecil yang direka terutamanya untuk menghasilkan bunyi bising yang amat kuat, terutamanya dalam bentuk dentuman kuat; apa-apa kesan visual turut bersampingan dengan tujuan ini. Mercun mempunyai sumbu dan dibalut dengan longsongan kertas yang sangat tebal agar dapat menampung letupan besar. Mercun serta bunga api kini dipercayai berasal dari China.
Mercun datang dari Bahasa Jawa mercon ꦩꦼꦂꦕꦺꦴꦤ꧀ hasil pengimbuhan -an kepada kata mercu iaitu "bebola api", kata mercu itu sendirinya meminjam kata bahasa Tamil iaitu viricu விரிசு yang diertikan sebagai "sejenis roket".[1][2]