Koordinat: 40°46′22″N 73°59′3″W / 40.77278°N 73.98417°W
Metropolitan Opera atau lebih dikenali sebagai The Met ialah syarikat opera Amerika Syarikat yang terletak di bandar raya New York. Syarikat ini diasaskan pada April 1880. Ia adalah sebuah rumah opera berprestij dunia yang mempersembahkan kesemua jenis opera termasuk Opera Agung.
Persatuan Metropolitan Opera, iaitu sebuah persatuan naungan rumah opera ini adalah persatuan muzik klasikal yang terbesar di Amerika Syarikat, mempersembahkan lebih dari 240 persembahan opera setiap tahun. Rumah opera ini dianggap sebagai salah sebuah rumah opera terunggul di dunia dengan alatan pentas yang canggih.