Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Mid Valley Megamall

Mid Valley Megamall
LokasiSeputeh, Kuala Lumpur, Malaysia
Koordinat3°7′5″N 101°40′36″E / 3.11806°N 101.67667°E / 3.11806; 101.67667Koordinat: 3°7′5″N 101°40′36″E / 3.11806°N 101.67667°E / 3.11806; 101.67667
Tarikh pembukaanNovember 20, 1999
PemajuIGB Group
PengurusanMid Valley Megamall
PemilikIGB Group
Bil. gedung dan perkhidmatan430
Bil. penyewa utama5
Keluasan lantai peruncitan420,000 m²
Bil. tingkat5 (Tidak termasuk tempat letak kereta)

Mid Valley Megamall ialah kompleks seluas 4.5 juta kaki persegi (420,000 m²) yang terdiri daripada pusat beli-belah, blok bangunan pejabat, 30 pejabat khusus dan 2 buah hotel yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Pusat ini dibuka pada November 1999. Mid Valley juga bersambung dengan sebuah lagi pusat membeli belah terkemuka iaitu The Gardens.[1]

Mid Valley Megamall mempunyai 430 ruangan kedai dalam lima setengah aras, termasuk lima penyewa utama termasuk ÆON BiG, ÆON, Golden Screen Cinemas, Metrojaya dan Harvey Norman. Mid Valley juga menempatkan pawagam 21 dewan, pusat boling yang canggih, sebuah One-Stop IT Centre, dua medan selera dan cawangan MPH Bookstores yang besar.[2]

Mid Valley mempunyai pusat konvensyen berkeluasan 48,300 kaki persegi (4,500 m²) yang didirikan berdekatan hotel saudagar 646 bilik bernama Cititel dan 30 unit pejabat khusus 11 tingkat. Sebuah hotel kedua, Boulevard, yang dibuka pada pertengahan 2005, mempunyai 390 bilik. Mega Mall ialah sebuah komponen penting Mid Valley City, salah satu projek pembangunan bandar terbesar di negara, dna juga diberi Best Shopping Complex Award 2000 oleh Tourism Malaysia dan Best Retail Development Award 2001 oleh FIABCI Malaysia. Oleh yang demikian, Mid Valley Megamall menjadi salah sebuah tumpuan pelancongan utama di Malaysia.[3][4]

Pusat beli-belah ini dihubungkan dengan stesen Mid Valley, stesen KTM Komuter yang terlingkung dalam Laluan Rawang-Seremban, dan jaraknya hanya satu hentian dari Kuala Lumpur Sentral.

Mid Valley juga merupakan hub utama bagi sistem pengangkuan bas RapidKL


.[5]

  1. ^ "Mid Valley Megamall – Mid Valley City". The Star. Dicapai pada 31 January 2013.
  2. ^ "Mid Valley Megamall". The Malay Mail. Dicapai pada 31 January 2013.
  3. ^ "Propwall - FIABCI". Propwall. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-09-27. Dicapai pada 21 March 2017.
  4. ^ "MVEC – Mid Valley Exhibition Center". MVEC. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-09-24. Dicapai pada 21 March 2017.
  5. ^ "Mid Valley Megamall in Iskandar Johor". Astro Awani. Dicapai pada 31 January 2013.

Previous Page Next Page






Mid Valley Megamall German Mid Valley Megamall English Mid Valley Megamall French ミッドバレーメガモール Japanese 미드 밸리 메가몰 Korean 谷中城美佳廣場 Chinese 谷中城美佳廣場 ZH-YUE

Responsive image

Responsive image