![]() | |
Presiden Kesatuan Soviet | |
Dalam jawatan 15 Mac 1990 – 25 Disember 1991 | |
Didahului oleh | Jawatan diwujudkan Diri sendiri (sebagai Pengerusi Soviet Agung) |
Digantikan oleh | Jawatan dimansuhkan |
Setiausaha Agung Parti Komunis Kesatuan Soviet | |
Dalam jawatan 11 Mac 1985 – 24 Ogos 1991 | |
Didahului oleh | Konstantin Chernenko |
Digantikan oleh | Vladimir Ivashko |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Stavropol, Republik Sosialis Persekutuan Soviet Rusia, KRSS | 2 Mac 1931
Parti politik | Parti Komunis Kasatuan Soviet (1950–1991) Parti Demokratik Sosial Rusia (2001–2004) Kesatuan Demokrat Sosial (2007-kini) |
Pasangan | Raisa Gorbachyova (d. 1999) |
Mikhail Sergeyevich Gorbachev[1] (Михаи́л Серге́евич Горбачёв, IPA: [mʲɪxɐˈil sʲɪrˈgʲeɪvʲɪʨ gərbɐˈʨof]; lahir 2 Mac 1931) ialah seorang ahli politik Rusia. Beliau ialah Setiausaha Agung Parti Komunis Kesatuan Soviet dan juga ketua negara KRSS paling akhir, yang berkhidmat sejak tahun 1985 sehingga tumbangnya negara itu pada tahun 1991. Usaha-usaha pembaharuan (perestroika) dan ketelusan (glasnost) beliau, serta persidangan kemuncak dengan Presiden Amerika Syarikat Ronald Reagan, menyumbang kepada berakhirnya Perang Dingin, dan juga menamatkan kebesaran politik Parti Komunis Kesatuan Soviet serta membawa kepada pembubaran Kesatuan Soviet. Beliau dikurniakan Hadiah Keamanan Nobel pada tahun 1990, dan kini merupakan pemimpin Kesatuan Demokrat Sosial[2], sebuah parti politik yang diasaskan selepas pembubaran rasmi Parti Demokratik Sosial Rusia pada tahun 2007.