![]() | |
Jenis/bentuk sah | Divisyen |
---|---|
Industri | Aeroangkasa dan pertahanan |
Ditubuhkan | Disember 1939 (Sebagai OKB-155 pada 1942) |
Pengasas | Artem Mikoyan Mikhail Gurevich ![]() |
Ibu pejabat | Moscow, Russia |
Tokoh penting | Artem Mikoyan dan Mikhail Gurevich (Pengasas) |
Keluaran | Pesawat tentera Pesawat penumpang |
Hasil | 80,033,284,000 Rubel Rusia (2017) ![]() |
Pendapatan kendalian | 15,758,754,000 Rubel Rusia (2017) ![]() |
Pendapatan bersih | 501,073,000 Rubel Rusia (2017) ![]() |
Jumlah aset | 208,848,036,000 Rubel Rusia (2017) ![]() |
Jumlah ekuiti | −17,619,759,000 Rubel Rusia (2017) ![]() |
Pemilik | Kerajaan Rusia |
Bilangan kakitangan | 10,090 (2013) ![]() |
Syarikat induk | United Aircraft Building Corporation |
Tapak web | http://www.migavia.ru/eng/ |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
"RSK "MiG" atau Perbadanan Pesawat Rusia MiG (dahulunya Mikoyan atau Biro Rekabentuk Mikoyan-i-Gurevich, Rusia: Микоян и Гуревич, МиГ ) merupakan biro rekabentuk pesawat tentera, terutamanya pesawat pejuang milik Rusia. Ia telah diasaskan oleh Artem Mikoyan dan Mikhail Gurevich sebagai "Mikoyan dan Gurevich" dan singkatan bironya adalah "MiG." Selepas kematian Mikoyan pada 1970, penggunaan nama Gurevich pada biro ini telah digugurkan, walau bagaimanapun singkatan MiG masih digunakan. Kerajaan Rusia merancang untuk menggabungkan Mikoyan dengan Ilyushin, Irkut, Sukhoi, Tupolev dan Yakovlev sebagai sebuah syarikat baru yang bernama Perbadanan Pesawat Bersatu.[1] Firma MiG juga memiliki beberapa bangunan kilang dan biro rekabentuk, termasuk kilang pengeluar helikopter Kamov. MiG juga digunakan oleh kerajaan China dan Korea Selatan.