Minecraft | |
---|---|
Pembangun | Mojang[a] |
Penerbit | |
Pereka | |
Artis |
|
Komposer | C418[g] |
Siri | Minecraft |
Enjin | Lightweight Java Game Library |
Platform | |
Pelepasan | 18 November 2011[h]
|
Genre | Kotak pasir, kemandirian |
Mod | Pemain tunggal, multipemain |
Minecraft merupakan sebuah permainan video kotak pasir yang dikembangkan oleh Mojang Studios. Dicipta oleh Markus "Notch" Persson dalam bahasa pengaturcaraan Java dan dikeluarkan sebagai alfa umum untuk komputer peribadi pada tahun 2009, permainan ini secara rasminya diterbitkan pada bulan November 2011 dengan Jens Bergensten mengambil alih kerja pembangunan sekitar tempoh masa itu. Minecraft sejak itu telah dibawa ke pelbagai platform dan menjadi permainan video terlaris sepanjang masa dengan sejumlah 200 juta salinan terjual di semua platform dan 126 juta pengguna aktif bulanan setakat 2020[kemas kini].
Di Minecraft, pemain meneroka dunia 3D yang dihasilkan secara bertatacara dengan kawasan yang tidak terhingga dan mungkin menemui dan mengekstrak bahan mentah, mencipta alat dan barang, dan membina struktur atau kerja tanah. Bergantung pada ragam permainan, pemain dapat melawan "mob" yang dikawal oleh komputer, serta bekerjasama bersama atau bersaing dengan pemain lain di dunia yang sama. Permainan ini mengandungi beberapa mod seperti mod kemandirian yang mana pemain mesti memperoleh sumber bahan untuk membina di dunia dan mengekalkan nyawa, dan mod kreatif, di mana pemain mempunyai sumber bahan yang tidak habis. Pemain dapat mengubah suai permainan tersebut untuk membuat mekanik permainan, item, dan aset yang baharu.
Minecraft telah dipuji secara kritis, memenangi pelbagai anugerah dan dirujuk sebagai salah satu daripada permainan video terhebat dan paling berpengaruh sepanjang masa, dimasukkan ke dalam World Video Game Hall of Fame pada bulan Jun 2020. Media sosial, parodi, penyesuaian, barang jualan komersial, dan konvensyen MineCon tahunan memainkan peranan besar dalam menghebahkan permainan. Permainan ini juga telah digunakan dalam bidang pendidikan, terutama dalam bidang sistem pengkomputeran kerana komputer maya dan peranti perkakasan telah dicipta di dalamnya. Pada tahun 2014, harta intelek Mojang dan Minecraft dibeli oleh Microsoft dengan harga US$2.5 billion. Sejumlah permainan terbitan juga telah dihasilkan, seperti Minecraft: Story Mode, Minecraft Dungeons dan Minecraft Earth (Dihentikan).
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/>
yang berpadanan disertakan