Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Mohamad Norza Zakaria

Mohamad Norza Zakaria
PSM; SSAP (Pahang); SMW (WP); DJMK (Kelantan); DIMP (Pahang); SMP, AMP (Perlis)
Presiden
Majlis Olimpik Malaysia
Menyandang jawatan
5 Mei 2018
Didahului olehTunku Imran
Presiden
Persatuan Badminton Malaysia
Dalam jawatan
29 April 2017 – 24 Ogos 2024
Didahului olehTengku Mahaleel Tengku Ariff
Mohd Al-Amin Abdul Majid (memangku)
Digantikan olehV. Subramaniam (memangku)
Maklumat peribadi
Lahir (1966-08-29) 29 Ogos 1966 (umur 58)
Alor Gajah, Melaka
PekerjaanPengerusi Eksekutif & Presiden
Bidang pengkhususanAkauntan
Paparan amaran: Page using Template:Infobox officeholder with unknown parameter "religion"

YBhg Tan Sri Dato' Sri Dr. Mohamad Norza Zakaria (lahir 29 Ogos 1966) adalah seorang akauntan bertauliah Malaysia dan seorang Felo CPA Australia. Beliau kini merupakan Presiden Majlis Olimpik Malaysia[1] (MOM) dan juga memegang jawatan Presiden Persatuan Sukan Komanwel Malaysia.

Seorang pemain polo yang tegar, Tan Sri Norza juga bermain tenis dan minatnya dalam badminton membawanya ke dalam pentadbiran sukan di mana beliau telah dipilih sebagai Presiden Persatuan Badminton Kuala Lumpur pada tahun 2010.

Setelah menyumbang di peringkat akar umbi dengan Persatuan Badminton Kuala Lumpur, Tan Sri Norza telah dipilih untuk menjadi Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM)[2] pada tahun 2017 - jawatan yang masih dipegangnya hingga hari ini.

Kepimpinannya di BAM telah memacu Malaysia ke persada badminton dunia. Semasa beliau menjadi Presiden BAM, Malaysia memenangi gelaran Kejuaraan Dunia pertama dalam badminton melalui pasangan beregu lelaki[3], Aaron Chia dan Soh Wooi Yik. Satu lagi kejayaan adalah apabila pasangan pasangan beregu wanita, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan, mencipta sejarah dengan menjadi pasangan beregu wanita Malaysia pertama yang memenangi gelaran Terbuka Perancis sejak penubuhannya pada tahun 1908[4].

Tan Sri Norza juga merupakan Ahli Lembaga Majlis Sukan Negara (MSN) dan Pengerusi Jawatankuasa Audit MSN dari tahun 2018 hingga kini. Dalam usaha mencari pingat Emas Olimpik pertama Malaysia, Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh, menubuhkan Jawatankuasa Jalan ke Emas (RTG) yang bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan sokongan tambahan kepada atlet untuk membantu mereka mencapai tahap prestasi yang diperlukan bagi memenangi pingat Emas Olimpik di Sukan Olimpik Paris 2024 dan Sukan Olimpik Los Angeles 2028. Bersama dengan Menteri Belia dan Sukan, Tan Sri Norza menjadi Pengerusi Bersama Jawatankuasa RTG[5].

Di peringkat Asia, pada 29 April 2023, Tan Sri Norza menjadi orang Malaysia pertama yang dipilih sebagai Presiden Kehormat Badminton Asia bagi tempoh 2023 - 2027[6]. Pelantikan sebulat suara tersebut, yang dilakukan pada Mesyuarat Agung Tahunan Badminton Asia, adalah penghargaan dan pengiktirafan terhadap usaha yang telah dilakukan oleh Tan Sri Norza dalam badminton Malaysia.

Sumbangan Tan Sri Norza kepada sukan Malaysia juga diiktiraf oleh Majlis Olimpik Asia (OCA) apabila beliau dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Koordinasi Majlis Olimpik Asia (OCA) pada 4 Oktober 2023 bagi tempoh 2023 – 2027[7]. Pelantikan pada peringkat benua Asia ini merupakan satu pengiktirafan kepada sumbangan Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Norza sepanjang penglibatan beliau dalam arena sukan di Malaysia dan rantau Asia.

Antara jawatan lain yang telah / masih digalas adalah:

  1. Chef de Mission (CDM) Malaysia untuk Sukan Asia Tenggara ke-28 yang diadakan dari 5 hingga 16 Jun 2015 di Singapura. Jumlah pingat emas yang dicapai oleh kontinjen Malaysia di Singapura masih merupakan jumlah tertinggi hingga kini untuk Sukan SEA yang diadakan di luar Malaysia[8].
  2. Pengerusi Lembaga Institut Sukan Negara (Oktober 2013 - Mei 2017)
  3. Bendahari Persatuan Bola Sepak Malaysia (Mei 2014 - Mac 2017)
  4. Presiden Persatuan Polo Diraja Malaysia (RMPA) (2021 - 2022)
  5. Presiden Kelab Polo Putra, Malaysia (Ogos 2015 – kini)

Antara anugerah Darjah Kebesaran lain yang diterima oleh Tan Sri Norza:

Tahun Anugerah Yang Diterima Negeri
2022 Panglima Setia Mahkota (PSM) Persekutuan
2016 Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) Pahang
2014 Seri Mahkota Wilayah (SMW) Wilayah Persekutuan
2006 Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) Kelantan
2004 Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) Pahang
2002 Darjah Setia Mahkota Perlis (SMP) Perlis
2000 Darjah Ahli Mahkota Perlis (AMP) Perlis
  1. ^ "OCM Home". Olympic Council of Malaysia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-04-02.
  2. ^ "The President | BAM". bam.org.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-04-02.
  3. ^ BERNAM (2022-08-28). "Keluarga Aaron-Wooi Yik bangga, anggap kejayaan hadiah Hari Kebangsaan". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-04-02.
  4. ^ www.astroawani.com https://www.astroawani.com/berita-sukan/pearlythinaah-cipta-sejarah-beregu-wanita-negara-pertama-juara-terbuka-perancis-388667. Dicapai pada 2024-04-02. Missing or empty |title= (bantuan)
  5. ^ www.astroawani.com https://www.astroawani.com/berita-sukan/pembentukan-road-gold-tindakan-proaktif-berani-presiden-mom-410451. Dicapai pada 2024-04-02. Missing or empty |title= (bantuan)
  6. ^ "Norza dilantik sebagai Presiden kehormat Badminton Asia". Sinar Harian. 2023-04-29. Dicapai pada 2024-04-02.
  7. ^ SINAR, WARTAWAN SUKAN (2023-07-13). "Norza dilantik ahli Lembaga Eksekutif Majlis Olimpik Asia". Sinar Harian. Dicapai pada 2024-04-02.
  8. ^ stadiumastro.com https://stadiumastro.com/berita-sukan/lonjakan-luar-biasa-dalam-sukan-sea-singapura-35686. Dicapai pada 2024-04-02. Missing or empty |title= (bantuan)

Previous Page Next Page






Mohamad Norza Zakaria English

Responsive image

Responsive image